Urusniaga Dagangan Atas Talian

Rabu, 7 Januari 2015

Jika anda menjalankan perniagaan online, maklumat ini adalah penting! Teruskan pembacaan.
Mulai 1 Julai 2013, peraturan baru akan berkuatkuasa iaitu – Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Peraturan ini dikuatkuasakan dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan akan meliputi individu dan organisasi yang terlibat dalam perdagangan elektronik/e-niaga/e-commerce.
Urus Niaga Perdagangan Elektronik 2012 – Apakah Peraturan Ini?
Peraturan ini meliputi 2 bahagian iaitu
  1. Pasar dalam talian” – individu yang mempunyai laman web atau menerusi portal pemasaran pihak ketiga dan menjual barangan atau menawarkan perkhidmatan bagi tujuan perdagangan.
  2. Pengendali pasar dalam talian” – Sesiapa yang mengendalikan perkhidmatan laman web yang membolehkan pihak ketiga berdagang/membeli/menjual barangan dan perkhidmatan.
Kalau ikut definasi di atas, agak mengelirukan oleh itu mari kita uraikan dalam bentuk contoh dibawah:-
  1. “Pasar dalam talian” – Anda menjual bajumenggunakan laman web sendiri atau melalui laman pihak ketiga seperti Lelong, Mudah, Groupon, EBay, Facebook dan sebagainya.
  2. Pengendali pasar dalam talian” – Anda merupakan towkay yang mengendalikan laman web yang membolehkan orang lain bertransaksi dalam portal anda. Contohnya jika anda pemilik laman web Groupon, Lelong dan sebagainya.
Anda boleh membaca dokumen tentang peraturan ini di sini.

Bagaimana Peraturan Ini Melibatkan Anda Sebagai Penjual Online?
Peraturan ini tujuan untuk melindungi pembeli daripada penjual-penjual online yang tidak beretika. Jika anda melakukan perniagaan online secara jujur, peraturan ini tidak membebankan anda, malah dapat melindungi anda daripada fitnah atau saman.

Apa yang anda perlu lakukan? Di dalam laman web anda, anda wajib memaparkan maklumat di bawah. Anda boleh letakkan maklumat berikut dalam satu laman muka baru atau dalam “Tentang Kami”.
  1. Nama Perniagaan Anda (Nama individu atau nama syarikat)
  2. Nombor Pendaftaran Perniagaan (Jika ada, saya sarankan agar anda mendaftar sekurang-kurang syarikat “sole proprietor”)
  3. Alamat Emal dan Nombor Telefon / Alamat Perniagaan Anda (Dah kena letak nombor telepon sekarang, perlulah daftar SIM prepaid baru)
  4. Perihal Dan Ciri Utama Barangan atau Perkhidmatan Anda.
  5. Harga Penuh Barang Atau Perkhidmatan (Ini termasuk segala kos, iaitu kos penghantaran, cukai dan sebagai. Kira, “no hidden cost”)
  6. Kaedah Pembayaran
  7. Terma-terma dan syarat-syarat.
  8. Anggaran masa penghantaran atau perkhidmatan kepada pembeli. (Kalau guna FedEx, berapa lama, POS Malaysia dan sebagainya)
  • Selain itu, anda juga harus memberi ruang dan cara untuk pembeli membetulkan kesilapan yang dilakukan sebelum pengesahan.
  • Anda juga harus mengaku terima pesanan kepada pembeli tanpa kelengahan. (Anda boleh menggunakan “autoresponder” dalam situasi ini.)
  • Anda juga harus menyimpan rekod pelanggan dan transaksi anda dengan sempurna.
  • Anda juga harus mengetahui tentang Personal Data Protection Act 2010 dimana anda harus mempunyai “Privacy Notice” dalam laman web anda yang menyatakan anda setuju dengan semua syarat dalam akta ini. Tetapi akta ini belum dikuatkuasakan dan sedang menunggu pengumuman dari Menteri berkenaan.
Apa Akibat Jikalau Berlaku Kesalahan?
Dalam PDF dokumen daripada KPDNKK tidak menyatakan sebarang penalti. Tetapi berikut adalah petikan berita dari BERNAMA yang menjelaskan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:-

‘Jelas beliau kegagalan mematuhi peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.
Selain itu, pertubuhan perbadanan yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM200,000.
Beliau berkata bagi kesalahan yang berterusan boleh dikenakan tambahan denda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
“Kesalahan itu juga boleh dikompaun tidak melebihi 50 peratus jumlah maksimum denda yang dinyatakan sebelum ini,” katanya.’
Juga di jelaskan lagi:-

“Jelasnya peraturan itu terpakai kepada orang yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau pasar dalam talian termasuk media sosial seperti Face Book dan pengendalian pasar dalam talian.
Orang ramai dinasihatkan mendapat panduan menjalankan transaksi elektronik melaluiwww.kpdnkk.gov.my.
Pasar dalam talian adalah tapak web di mana barang atau perkhidmatan dipasarkan oleh pihak ketiga bagi maksud perdagangan manakala pengendali pasar dalam talian bererti seseorang yang menyediakan pasar dalam talian contohnya mudah.my atau lelong.com.my.”
Kesimpulan
Peraturan ini diwujudkan kerana tidak boleh dinafikan, perniagaan online sekarang telah memuncak dan ramai juga yang mengambil peluang ini dengan menipu orang ramai. Satu ketika dahulu, Malaysia terkenal kerana isu “fraud” yang terlalu tinggi.
Sewaktu saya bekerja di Lelong.com.my tahun 2000, masa itu pun terdapat banyak kes penipuan. Saya teringat satu kisah benar dimana seorang penjual menawarkan harga handphone yang agak murah di dalam laman web Lelong. Pembeli pun menghantar wang melalui M2U, tetapi yang diterima dalam pos adalah batu. Kelakar tetapi tidak lucu.
Oleh itu saya sarankan kesemua penjual online melakukan perniagaan secara jujur dan beretika dan mematuhi undang-undang yang telah sedia ada.
Share this article :

1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam

 
Support : Copyright © 2011. Selamat Shopping - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger