Perhatian kepada semua pembeli2 yang budiman
Sebagai pembeli,anda kena tahu hak anda dan berhati-hati agar tiada penipuan berlaku kepada anda,berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti bagi memastikan anda tidak sewenang-wenangnya menjadi mangsa
1. bila berurus niaga secara online terutamanya melalui laman facebook,anda disarankan menggunakan desktop komputer berbanding henset ataupun tablet,ini kerana dengan menggunakan komputer anda akan dapat mengenalpasti URL profile facebook seller yg berurusan dgn anda,berbeza bila anda gunakan henset atau tablet yang mana tiada paparan URL profile,byk kes yg melibatkan penggunaan duplicate profile dalam facebook ni,kalau boleh ambil screenshot setiap sesi perbualan,profile facebook seller dll
2. selidik latar belakang seller , lihat semua gambar2 dlm akaun fb seller tersebut... dan semua wall post seller... pastikan tiada keraguan...jika dia mengaku ada syarikat,minta dia tunjuk bukti SSM....minta dokumen peribadi dari seller ..... gambar IC ... pastikan yang baru di snap,dari jarak jauh pun takpe,tapi jangan lak duk mintak salinan IC.... then korang suruh jer seller tu tunggang terbalik ic tu ikut kedudukan yg korang nak... kalau betul IC tu memang dia punya, dah tentu dia mampu buat..... contoh mcm ni.... gambar ic depan belakang, kat atas ic tulis nama korang dengan tulisan tangan pada kertas ,... background ic mesti gambar barang yg seller tu jual..... kat sini korang boleh tau sama ada seller tu betul2 ada IC dan barang yg dia jual atau tidak....kalau x cukup lagi, korang minta bil utiliti atas nama seller tersebut... contohnya bil api, air ,astro , telefon , dan mcm2 la bil utiliti.. kat situ kan ada alamat terkini seller tu....x cukup lagi ??? minta je apa yg korang nak minta... yg penting , logik...
3. perlu diingatkan sebagai buyer,anda telah memberikan kerjasama dengan membuat bayaran,memberikan alamat anda,no telefon anda,resit pembayaran dan lain2,jadi tiada sebab jika seller enggan memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan details berkenaan dirinya dan perniagaannya,ada sesetgh seller yg enggan memberikan alamat/no tel dan lain,secara logiknya jika ia benar2 jujur,kenapa dia enggan memberikan itu semua sedangkan jika dia membuat penghantaran melalui post kepada kita,semestinya nama,alamat penuh dan no telefonnya akan tertera di slip post berkenaan,jadi jika seller enggan bagi info2 ni semua,lupakan je la hasrat korang nak beli dgn dia,bawak banyak bersabar dulu dan cari seller lain
4. jangan terlalu ghairah dgn tawaran harga murah dan tak masuk akal,kalau boleh carilah seller yang berdekatan dgn kita utk urusan face to face COD(cash on delivery)
5. elakkan dari membayar apa-apa deposit contohnya kena bayar separuh dulu then dah dapat barang bayar penuh,itu semua menipu je
6. buat carian no telefon,akaun bank seller di google,jika seller terbabit pernah ada kes sebelum ni,google akan keluarkan result
Contoh ,Kredit Shaff Fxhttps://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1015763_10201458059922857_36224239_o.jpg
7. sayangi titik peluh korang susah2 duk cari duit,kalau rasa susah cari duit,jangan senang2 lak keluarkan duit tanpa bersusah2 sikit utk securekan urusniaga andapesanan ikhlas dari saya,mungkin ianya tidak lengkap,tapi kita semua ni bukanlah budak2 lagi,jgn biarkan diri kita semudahnya diperbodohkan oleh orang lain,terima kasih
8. Cara-cara nak buat carian google matching image
a. buka gambar yang dipostkan,klik kanan pada gambar tersebut dan pilih Copy Image Location
b. buka google dan pastekan URL tadi dikolum search
c. google akan keluarkan keputusan mcm dibawah ni
For matching images, try search by imageYour search - https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3 ... - did not match any documents.Suggestions: Make sure that all words are spelled correctly. Try different keywords. Try more general keywords.
d. klik pada perkataan search by image
e. jika ada gambar yang sama,google akan listkan result yg ada,
f. selain google matching image,leh juga gunahttp://tineye.com/
g. kalau nak buat google matching image byk process,aku cadangkan korang pakai plugin nihttp://tineye.com/plugin
h. buat carian no telefon,akaun bank seller di google,jika seller terbabit pernah ada kes sebelum ni,google akan keluarkan result Contoh ,Kredit Shaff Fxhttps://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1015763_10201458059922857_36224239_o.jpg
i. jangan terlalu ghairah dgn tawaran harga murah dan tak masuk akal,kalau boleh carilah seller yang berdekatan dgn kita utk urusan face to face COD(cash on delivery),kot kalau jauh sekalipun,cuba dapatkan khidmat middleman seperti yang disediakan didalam Group FB Handphone Secondhand.
Pelbagai tips yang tersedia. Tinggal hanya anda memilih cara yang betul untuk membeli secara online.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !