Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Info

Senarai Scammer Online

Sabtu, 17 Januari 2015

Kes
Nama Sebenar
No. Akaun
No. Telefon




Penipuan gadget & lain-lain
Mohd izat helmi bin umar
Maybank 162508125572
Cimb 13020158147520
01129295657 / 01126325674






























Tips Check Image Google atau Bukan

Rabu, 7 Januari 2015

Perhatian kepada semua pembeli2 yang budiman

Sebagai pembeli,anda kena tahu hak anda dan berhati-hati agar tiada penipuan berlaku kepada anda,berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti bagi memastikan anda tidak sewenang-wenangnya menjadi mangsa

1. bila berurus niaga secara online terutamanya melalui laman facebook,anda disarankan menggunakan desktop komputer berbanding henset ataupun tablet,ini kerana dengan menggunakan komputer anda akan dapat mengenalpasti URL profile facebook seller yg berurusan dgn anda,berbeza bila anda gunakan henset atau tablet yang mana tiada paparan URL profile,byk kes yg melibatkan penggunaan duplicate profile dalam facebook ni,kalau boleh ambil screenshot setiap sesi perbualan,profile facebook seller dll

2. selidik latar belakang seller , lihat semua gambar2 dlm akaun fb seller tersebut... dan semua wall post seller... pastikan tiada keraguan...jika dia mengaku ada syarikat,minta dia tunjuk bukti SSM....minta dokumen peribadi dari seller ..... gambar IC ... pastikan yang baru di snap,dari jarak jauh pun takpe,tapi jangan lak duk mintak salinan IC.... then korang suruh jer seller tu tunggang terbalik ic tu ikut kedudukan yg korang nak... kalau betul IC tu memang dia punya, dah tentu dia mampu buat..... contoh mcm ni.... gambar ic depan belakang, kat atas ic tulis nama korang dengan tulisan tangan pada kertas ,... background ic mesti gambar barang yg seller tu jual..... kat sini korang boleh tau sama ada seller tu betul2 ada IC dan barang yg dia jual atau tidak....kalau x cukup lagi, korang minta bil utiliti atas nama seller tersebut... contohnya bil api, air ,astro , telefon , dan mcm2 la bil utiliti.. kat situ kan ada alamat terkini seller tu....x cukup lagi ??? minta je apa yg korang nak minta... yg penting , logik...

3. perlu diingatkan sebagai buyer,anda telah memberikan kerjasama dengan membuat bayaran,memberikan alamat anda,no telefon anda,resit pembayaran dan lain2,jadi tiada sebab jika seller enggan memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan details berkenaan dirinya dan perniagaannya,ada sesetgh seller yg enggan memberikan alamat/no tel dan lain,secara logiknya jika ia benar2 jujur,kenapa dia enggan memberikan itu semua sedangkan jika dia membuat penghantaran melalui post kepada kita,semestinya nama,alamat penuh dan no telefonnya akan tertera di slip post berkenaan,jadi jika seller enggan bagi info2 ni semua,lupakan je la hasrat korang nak beli dgn dia,bawak banyak bersabar dulu dan cari seller lain

4. jangan terlalu ghairah dgn tawaran harga murah dan tak masuk akal,kalau boleh carilah seller yang berdekatan dgn kita utk urusan face to face COD(cash on delivery)

5. elakkan dari membayar apa-apa deposit contohnya kena bayar separuh dulu then dah dapat barang bayar penuh,itu semua menipu je

6. buat carian no telefon,akaun bank seller di google,jika seller terbabit pernah ada kes sebelum ni,google akan keluarkan result


7. sayangi titik peluh korang susah2 duk cari duit,kalau rasa susah cari duit,jangan senang2 lak keluarkan duit tanpa bersusah2 sikit utk securekan urusniaga andapesanan ikhlas dari saya,mungkin ianya tidak lengkap,tapi kita semua ni bukanlah budak2 lagi,jgn biarkan diri kita semudahnya diperbodohkan oleh orang lain,terima kasih

8. Cara-cara nak buat carian google matching image

a. buka gambar yang dipostkan,klik kanan pada gambar tersebut dan pilih Copy Image Location

b. buka google dan pastekan URL tadi dikolum search

c. google akan keluarkan keputusan mcm dibawah ni

For matching images, try search by imageYour search - https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3 ... - did not match any documents.Suggestions:    Make sure that all words are spelled correctly.    Try different keywords.    Try more general keywords.

d. klik pada perkataan search by image

e. jika ada gambar yang sama,google akan listkan result yg ada,

f. selain google matching image,leh juga gunahttp://tineye.com/

g. kalau nak buat google matching image byk process,aku cadangkan korang pakai plugin nihttp://tineye.com/plugin

h. buat carian no telefon,akaun bank seller di google,jika seller terbabit pernah ada kes sebelum ni,google akan keluarkan result Contoh ,Kredit Shaff Fxhttps://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1015763_10201458059922857_36224239_o.jpg

i. jangan terlalu ghairah dgn tawaran harga murah dan tak masuk akal,kalau boleh carilah seller yang berdekatan dgn kita utk urusan face to face COD(cash on delivery),kot kalau jauh sekalipun,cuba dapatkan khidmat middleman seperti yang disediakan didalam Group FB Handphone Secondhand.

Pelbagai tips yang tersedia. Tinggal hanya anda memilih cara yang betul untuk membeli secara online.

Talian Hotline TTPM

Hubungi Kami

Bagi Sebarang Isu Berkaitan Dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Anda Boleh Menghubungi Pihak Kami Di Alamat Seperti Di Bawah :
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13,Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya.

Talian Bebas Tol: 1-800-88-9811 
No. Tel    :  03-8882 5822 
No. Faks  : 03-8882 5831

Tips Sebelum , Ketika dan Selepas Membeli Atas Talian

Tips-tips mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan di Mudah.com.my

Siapa yang tidak kenal mudah.com.my? sekiranya anda seorang yang rajin melayari internet anda wajib tahu apa itu mudah.com.my. Laman web mudah.com.my merupakan sebuah laman web yang menjadi ”market place” bagi aktiviti penjualan barangan. Sesiapa saja boleh membeli dan sesiapa sahaja boleh menjadi penjual.

Laman web ini menyenaraikan pelbagai barangan mengikut kategori tertentu. Dari sekecil-kecil barang sehinggalah barangan seperti kenderaan dan bangunan. Apa yang pentingnya di mudah.com.my ia merupakan tempat berlakunya penawaran dan permintaan. Jika kita bandingkan di antara laman web mudah.com.my dan lain-lain laman web seperti lelong.com.my atau pun ebay.com.my, laman web mudah boleh dikatakan sebagai laman web yang ”loose” sekali dari sudut keselamatannya. Mungkin kerana konsep ”Mudah” yang diperkenalkan menyebabkan penipuan juga turut menjadi semakin ”Mudah”. Walaupun begitu, kita harus ingat bahawa mengelakkan diri dari ditipu adalah tanggung jawab masing-masing dan anda perlu mempunyai ilmu dalam menghidu teknik-teknik penipuan yang dilakukan.

Saya sendiri sudah beberapa kali menjadi pembeli dan penjual di mudah.com.my. saya pernah membeli lensa kamera DSLR, bateri tambahan, battery grip, diffuser, bag dan speedlight. Semuanya barangan kamera. Saya juga pernah menjual lense Nikkor 35mm f/1.8 dan juga wide angle converter. Sememangnya ia begitu mudah dan memuaskan hati kerana mendapat barangan pada harga yang lebih murah berbanding di kedai. Jadi, apa yang boleh saya katakan kita sebagai pembeli perlu bijak!

TIPS-TIPS MENGHIDU PENIPUAN

Di sini saya senaraikan beberapa teknik atau tips yang boleh digunakan bagi mengenalpasti sesuatu barang yang ditawarkan adalah penipuan.

    Harga murah melampau

Anda seharusnya tahu berapa harga pasaran sesuatu barangan yang ingin anda beli. Jika sedikit murah ianya ”OK” tetapi jika ia murah melampau maka ianya memang penipuan. Contohnya harga pasaran sebuah kamera Canon 7D (body sahaja tidak termasuk lense) adalah sekitar RM4300 tetapi tercatat di mudah.com.my pada harga yang tidak munasabah seperti RM1950. Tatkala saya menulis artikel ini memang wujud perkara ini di mudah.com.my.

Walaupun begitu, kadangkala perkara seperti ini menjadi benar sekiranya penjual benar-benar terdesak dan memerlukan wang dengan segera. Saya sendiri pernah mendapat keuntungan dari situasi ini apabila berjaya membeli set kamera Canon 550D + lense 18-135mm + battery grip + wide angle converter + remote + lain-lain aksesori bernilai sekitar RM4000 pada harga RM2000 sahaja. Tapi ini bukan berlaku di mudah.com.my.

    Lihat nama penjual

Anda perlu lihat nama penjual. Adakah ia nama yang meragukan atau tidak. Kadang-kadang nama yang digunakan boleh menjadikan kita syak wasangka. Jika anda mempunyai perasaan demikian eloklah tidak membeli. Jika kita perhatikan ramai yang menjual menggunakan nama samaran di mudah.com.my

    Lihat nombor telefon penjual

Daripada nombor telefon yang dipaparkan kita semakin mudah melakukan ”filter”. Antara tips mudah adalah sila pastikan nombor yang diberikan adalah no handphone dan bukan talian tetap. Bila nombor handphone sekurang-kurangnya kita tahu ia di daftarkan atas nama individu tertentu. Sila elakkan menghubungi nombor yang kelihatan pelik seperti mempunyai nombor yang lebih banyak dari biasa atau nombor luar negara.

    Lihat email penjual

Sesetengah penjual akan menyertakan alamat email mereka. Sila lihat sekiranya emel yang digunakan menggunakan extension berbeza dari kebiasaannya seperti menggunakan .com.ru, .com.sg,.com id, .com.br, .com.us dan lain-lain lagi.

    Lihat kandungan iklan

Anda perlu perhatikan beberapa perkara dalam ayat iklan. Antaranya adakah bahasa yang digunakan mudah kita fahami dan tidak tonggang langgang? Jika tonggang langgang berkemungkinan ianya adalah bahasa melayu Afrika selatan. Atau pun anda mungkin merasakan ayat yang digunakan adalah ayat translation oleh google translate. Saya pasti anda faham apa yang saya sampaikan di sini.

Kemudian pastikan pula penjual memberikan maklumat atau diskripsi yang tepat dan mencukupi. Contoh tidak tepat adalah seperti menyatakan kamera Nikon D3000 mempunyai build in motor atau lensa-lensa yang tiada motor (murah) boleh dipakai di kamera Nikon D3000.

Pastikan juga ayat digunakan tidak meleret-leret dan terpesong dari perkara pokok dan sila abaikan iklan yang terlalu ringkas.

    Jika perlu waranti pastikan ia ada

Kini banyak barang yang dijual adalah grey set. Gray set ini bermakna tiada waranti. Jadi jika anda nak beli barangan grey set pastikan ianya jauh lebih murah. Jika tidak, lupakan saja dan beli barangan yang ada waranti dari pengedar rasmi. Jika beli camera Canon lazimya waranti adalah 2 tahun. Jika Nikon 1 tahun. Jadi sekiranya anda beli kamera 2nd hand yang masih dalam waranti pastikan anda mendapat sekali kotak dan kad waranti beserta resit belian asal penjual. Jika tiada, anda seharusnya layak mendapat harga yang lebih murah.

    Jika membeli barangan elektronik pastikan COD

COD maksudnya Cash on Delivery. Walaupun ada sesetengah pihak kata tak perlu COD tapi bagi saya dan ramai pihak lagi anda WAJIB “COD”. Ini bagi mengelakkan anda daripada menerima barangan yang rosak, tidak elok atau barang yang memang tak wujud. Sebelum membayar pastikan anda test dulu kaw-kaw. Lepas puas hati baru bayar. Saya sendiri pernah hampir membeli lensa Tamron 70-300 daripada seorang penjual pada harga RM430. Harga memang murah dan rupa bentuk (kosmetik) seperti lense baru dan masih ada waranti. Walaupun begitu saya tak jadi membeli setelah menge”test kaw-kaw” lense tu. Saya dapati pada focal lenght 80mm lense berkenaan mendatangkan error pada kamera saya. Setelah banyak kali mencuba keadaan masih sama dan saya terpaksa cakap pada penjual ”sorrylah dik, kalau elok memang abang confirm beli. Duit dah ada dalam kocek ni. Tapi sebab barang tak elok, abang tak jadi beli”

Bila COD juga pastikan anda COD di tempat terbuka ataupun ditemani rakan. Saya pernah COD di dalam Pasaraya Giant Sri Gombak, MC Donald Bandar Tun Hussien Onn dan banyak kali di sekitar Pantai Dalam, Kerinchi dan alhamdulillah semua berjalan lancar.

Jika anda membeli barang yang kecil-kecil dan murah-murah, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk kurier tapi anda mesti pastikan nombor akaun yang diberikan sama dengan nama penjual.

    Penjual mempunyai banyak item yang sama

Jika penjual adalah individu dan bukan penjual berdaftar dengan mudah.com.my pastikan barang yang anda ingin beli adalah miliknya dan bukan barangan curi. Saya pernah hampir-hampir membeli lense Canon 50mm pada harga RM160 sahaja. Memang sangat murah kerana harga pasaran 2nd hand pun masih sekitar RM230-RM250. Penjual juga memiliki 4 item yang sama tanpa waranti. Penjual juga beria-ia mahu menjualnya kepada saya. Di sini kita akan tahu sama ada barangan itu barangan elok atau tidak. Jika anda masih mahu beli barang curi saya pasti ianya tidak akan berkat untuk anda. Mungkin terjadi di masa depan kamera anda akan rosak atau di curi orang pula.

    Kenali siapa penjual

Perkara ini sangat penting. Anda perlu berhubung dengan penjual sama ada melalui telefon, emel mahu pun facebook. Dari komunikasi yang berlangsung anda sudah pasti dapat mengagak sifat seseorang penjual. Jadi ia akan membantu anda dalam membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak. Saya sendiri setelah beberapa kali berurus niaga di mudah.com.my dan telah mempunyai ”prefered seller” dan menjadi pelanggan tetapnya jika ingin membeli barangan kamera. Bila return customer ni biasanya anda akan dapat lebih diskaun.

    Tawaran wang dikembalikan

Pastikan tawaran ini diberikan sekiranya barang yang dibeli didapati tidak elok atau rosak. Dalam islam pun ada istilah yang dipanggil sebagai khiyar. Anda layak mendapat barang yang baik. Jika rosak dalam tempoh masa tertentu anda harus mendapat ganti. Apa yang penting anda harus membina hubungan yang baik dengan penjual. Saya sendiri pernah mendapat diffuser yang salah saiz. Bila kita kenal penjual, maka tidak ada masalah mendapatkan barang gantian.

Demikianlah sedikit sebanyak tips-tips ketika menjadi seorang pembeli di mudah.com.my. Mudah-mudahan secebis pengalaman yang dikongsikan dapat memberikan manfaat yang besar kepada anda yang membaca.


Nota-nota lain :

Katakan tidak kepada scammer

Cara-cara membuat lapuran Polis berkenaan penipuan online
 
Support : Copyright © 2011. Selamat Shopping - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger